Thursday, 16 December 2021

PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti.  Seterusnya, pengurusan murid juga  mampu meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan dapat menuntut ilmu hingga ke menara gading. Pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada masa akan datang.


Tiga isi penting yang telah saya pelajari dari topik ini ialah berkaitan tiga aspek penting dalam pengurusan murid iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.

                           


Mengurus rekod murid

Didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penerimaan, penggunaan dan ciri rekod. Ini termsauk dalam proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid dalam bentuk rekod. Perkara ini dilakukan bagi memastikan semua maklumat murid disimpan dan disusun dengan teratur dan selamat. 

Dalam pada itu, pengurusan rekod murid ini penting sebagai panduan kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri untuk melihat tahap kebolehan dan potensi dari semasa ke semasa. Melalui pengurusan rekod ini juga murid dapat melihat kemajuan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Contoh-contoh rekod murid

👉SMM👈

👉E-PANTAU👈

👉SISTEM LAPORAN ADAB BELAJAR👈

 

Kesediaan belajar

Kesedian murid belajar membawa maksud keadaan dalam individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.  Jenis kesediaan pelajar terbahagi kepada 3 iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. 

📌Kamarudin Hj. Husin (1997) ada menjelaskan bahawa kesediaan afektif merupakan kesediaan sikap, perasaan dan nilai seseorang individu terhadap pelajaran yang diikutinya. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang positif, secara tidak langsung mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran

 ðŸ“ŒKesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir di mana perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Dalam proses pembelajaran, setiap individu menunjukkan emosi berbeza walaupun dalam situasi yang sama.

📌Kesediaan psikomotor ialah kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.


Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar


Memotivasikan Murid

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan  psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.


Kepentingan Motivasi

               

Teknik

Kesimpulannya


Kesimpulannya ketiga-tiga aspek pengurusan murid tersebut perlu dipandang serius oleh setiap organisasi sekolah agar sistem pembelajaran menjadi unggul. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Guru perlu bertanggungjawab ke atas murid ketika di sekolah kerana guru merupakan ibu bapa kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu jelaslah, sesuatu kejayaan akan ditentukan melalui proses dan alternatif yang betul. Hal ini demikian kerana, segala perancangan yang diaplikasikan dalam proses tersebut akan menjadi penanda dalam mengekalkan nama baik sesebuah sekolah dan perihal diri murid itu sendiri.


RUJUKAN

https://www.slideshare.net/zabidah/pengurusan-murid

https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100

https://prezi.com/hshk5acboyoz/pengurusan-murid/

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/konsep-motivasi-dan-jenis-jenis-motivasi.html



No comments:

Post a Comment

TOPIK 5

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN